Thursday, January 21, 2010

Lelaki Dipinang Wanita


Ini bukanlah satu lawak jenaka. Tetapi satu fenomena yang perlu diberi perhatian oleh kaum lelaki seperti saya! Tidak mustahil, fenomena ini akan menjadi trend pada masa depan sekiranya kita mengambil kira faktor-faktor yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini.

Saya akui, fenomena ini memang janggal kalau dilihat pada sudut budaya kita. Namun, zaman sudah berubah. Wanita sudah ramai yang berjaya. Kedudukan mereka semakin tinggi di dalam hirarki masyarakat kita. Di IPTA dan IPTS misalnya, wanita sudah lama menjadi kaum majoriti.

Pada sudut perundangan, tiada undang-undang yang menyatakan adalah satu kesalahan seorang wanita itu meminang seorang lelaki. Wanita itu boleh terus bertanya kepada jejaka idamannya apakah kesudahannya hubungan mereka. Wanita yang berani melakukannya perlu bersedia dari segi mental kerana tindakannya ibarat seperti menongkah arus.

Ada 2 situasi yang menyebabkan fenomena ini terjadi :
1. Lelaki itu mempunyai taraf sosial yang lebih rendah daripada wanita idamannya tetapi lelaki itu ada keinginan untuk melamar. Oleh itu, wanita itu terpaksa memulakan segala-segalanya.
2. Wanita itu tak kisah apa yang akan diperkatakan orang kerana mereka memilih untuk melakukannya.

Pada pendapat saya, wanita sebegini adalah wanita yang berpandangan jauh dan berperibadi mulia. Dia memilih untuk tidak melakukan dosa. Sebaliknya berusaha mencari jodoh untuk dirinya. Apa pendapat anda pula? Tidak adil menuduh wanita sebegini gatal!

No comments:

Post a Comment