Sunday, January 31, 2010

Betul ke?

Saya tergerak hati untuk memberi komen terhadap fakta-fakta ini. Harus diingat..komen saya ini hanya pandangan peribadi saya sahaja sebagai seorang lelaki . Mungkin ada salah dan betul fakta-fakta ini tetapi ianya agak menarik kalau difikirkan bersama.


1. 13% lelaki tidak pernah menghantar sms atau mesej teks.

Komen saya: Betul ke ni? Macam tak cayo yo..Saya ni hari-hari sms dengan kawan-kawan termasuk kawan perempuan. Kalau melepak atau jalan-jalan kat pusat membeli-belah, taman bunga atau di kaki lima, selalu juga saya tengok lelaki asyik leka bersms. Itu belum lagi di dalam LRT. Tak pa la, nanti try buat survey pergi KL naik LRT dari Seremban. Ramai yang bersms atau ramai yang tido. Saya cuba la ye…


2. 55% lelaki tidak akan bermain bola sepak fantasi atau maya.

Komen saya: Of course! Mesti la main bola sepak kat padang bola. Baru la ‘real’. Nanti dapat la buat ‘skill’ macam C. Ronaldo, Messi atau Kaka. Kalau macam Maradona atau Zidane lagi la sodap. Ataupun buat rembatan bak peluru macam Allahyarham Mohktar Dahari. Tu belum lagi dapat ‘score’ gol. Lagi nikmat.

Tapi ada juga lelaki tak minat bola sepak. Pada mereka, bola sepak ni kerja gila. 1 bola direbut oleh 22 orang. Bagi saja la bola sorang satu, tak payah nak berebut. Itu pendapat mereka dan we must respect them.


3. 41% lelaki akan memandu secara dekat dan laju dengan pemandu kenderaan di hadapan mereka.

Komen saya: Ada benarnya fakta ini. Lelaki yang menunggang motosikal suka betul memandu secara dekat dan laju. Tak tau la kenapa? Mungkin nak cepat sampai. Kadang-kadang bawak kereta pun sama.

Nasib baik la saya ni bawak moto penuh dengan kesopanan dan kesusilaan.. Tapi tetap laju kalau tiada kenderaan di hadapan atau ‘emergency case’. Kepada semua, jangan lupa ‘check’ kenderaan dulu sebelum bergerak ke mana-mana.. Tengok lampu, ‘check’ brek, tengok lesen . So, BERHATI-HATI DI JALAN RAYA.


4. 21% komputer milik lelaki amat mudah diserang virus berbanding komputer wanita.

Komen saya: Tak setuju. Kalau komputer rosak, setuju la.. Biasa la kan, lelaki, ganas sikit tapi baik hati dan sopan. Betul tak lelaki?

5. 84% kerusi parlimen di seluruh dunia dikuasai oleh lelaki.

Komen saya: Yes, betul. Kecuali pemimpin Filipina dan Jerman, semua ketua negara (kalau tak silap saya) adalah lelaki. Memang membanggakan. Namun saya rasa senario ini akan berubah pada dekad-dekad akan datang kerana ramai wanita sudah bijak dan berjaya di dalam banyak bidang profesional. Buktinya adalah di IPTA dan IPTS di Malaysia saja sudah cukup. Setiap tahun hanya wanita saja yang mendominasi tempat ke IPTA dan IPTS. Syabas untuk wanita dan cabaran untuk lelaki!

6. 78% purata berat lelaki adalah 78 kilogram yang mana 13 kilogram lebih berat dari wanita.

Komen saya: Memang setuju. Lelaki lebih berat dari wanita. Kalau tak, macam mana pulak nak dukung wanita…hehehehe..

Saturday, January 30, 2010

Madah Cinta Kenangan Manis

engkau akan sentiasa bergembira selalu
Walaupun ianya cuma tinggal sebuah kenangan...
Di antara kita berdua..
Aku masih ingat lagi........

Di satu petang yang indah
kita begitu gembira
berjalan berdua-duan
sambil berpimpin tangan
sepanjang jalan
dan...engkau kelihatan begitu cantik sekali
dengan senyuman mu yang manis itu ....!

Arrrggghhhh......!
Sebuah senyuman yang tidak dapat ku lupakan
Yang telah membunuh ku sehingga kehari ini!
dan menghalang ku..
Daripada mencintai wanita yang lain...!!
SUMBER : puisicinta.blog.co.uk


Cinta

Suaramu...
Gemersiknya bak buluh perindu
Cuba kau lagukan..cuba kau dendangkan
Mengisi di ruang kamarku

Senyummu...
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan..cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku

Tiada terkata..seindah bahasa
Nak ku huraikan..nak ku belaikan dirimu
Akan ku syairkan katamu
Akan kumadahkan janjimu
Menjadi coretan gurindam, puisi cinta

Akan ku ukirkan senyummu
Akan ku lukiskan tawamu
Menjadikan susunan warna, potret indah

Senyummu..menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan..cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan kamarku..


Friday, January 29, 2010

Cinta Lawan Penjara (bahagian akhir)

Tetapi Zulaikha menjawab mereka begini:”Cukup! Saya nak beritahu kamu semua, saya memang sukakan dia. Memang aku jatuh cinta dengan Yusuf. Tetapi dia berkeras tidak mahu mengikut kemahuan aku. Tidak mengapa. Aku tahu apa aku akan buat. Kalau dia berkeras lagi, penjaralah tempat dia. Biar dia rasa betapa hinanya diri dia kerana tidak mengikut kemahuan diriku.”

Malam itu, ketika melihat tetamunya pulang, Zulaikha berasa sangat puas. Apa yang terbuku di dalam hatinya telah pun dilepaskan. Dia berasa sungguh lega tetapi lain pula dengan Yusuf.

Yusuf semakin terdesak. Selepas peristiwa di majlis keraian itu semakin ramai wanita yang berminat dengannya. Setiap hari ada sahaja yang datang menganggunya, bahkan ada yang mengajaknya kahwin. Keadaan ini sangat merimaskan. Dia bimbang kalau dia terjebak ke dalam perangkap syaitan tanpa menyedarinya.

Sebagai seorang Nabi yang sentiasa memelihara hatinya agar tidak melupai Allah SWT, pilihan Yusuf hanya satu, iaitu mengadu kepada Allah SWT. Yusuf mengadu kepada Allah (Surah Yusuf ayat 33) begini:

“Tuhanku, aku lebih suka penjara daripada mengikut kehendak mereka. Namun jika Engkau tidak jauhkan dari godaan mereka, nescaya rebahlah aku kepada mereka dan jadilah aku termasuk di dalam golongan orang jahil.”

Yusuf memilih penjara dan menolak asmara. Dengan pilihannya yang bijak ini, dia sekali lagi berjaya menghadapi ujian dalam hidupnya.

Allah SWT mendengar aduan hamba-Nya yang ikhlas. Dia memperkenankan doa Nabi Yusuf lalu menjauhkannya dari godaan para wanita yang terpedaya oleh syaitan. Yusuf dipenjarakan.

Thursday, January 28, 2010

CINTA LAWAN PENJARA (bahagian 2)

“eh eh, saya terpotong jari saya. Ya Allah, sakitnya…tolong…” Mereka baru tersedar apabila ditegur. Waktu itu barulah mereka terasa sakitnya jari atau tangan yang dihiris pisau.

Suasana menjadi riuh rendah dan kelam kabut oleh jeritan, raungan kesakitan dan meminta tolong. Yusuf segera meninggalkan tempat itu. Maka ada juga wanita yang memanggil namanya, meminta supaya dia terus duduk bersama mereka.

“Zulaikha, suruhlah Yusuf datang. Belum puas kami memandang dia. Panggillah dia, Zulaikha.” Kedengaran seseorang merayu kepada Zulaikha.

“O…sekarang baru kau orang semua tahu ya, siapa Yusuf. Sebelum ni, kau orang semua mengumpat aku, mengata aku macam-macam, tergila-gilakan hamba sendirilah, itulah, inilah. Ha, sekarang siapa yang tergila-gila sampai terpotong jari sendiri pun tak sedar?” Zulaikha memulangkan paku buah keras kepada mereka.

“Ha, jari siapa ni?” Tanya Zulaikha apabila terpandang ada sepotong jari yang putus, tergeletak di atas lantai.

“Eeh itu jari saya, jari saya!” Jerit seorang tetamu, lalu menerpa dan menyambar jari yang tergeletek di atas lantai itu.

Dalam suasana yang kelam kabut, Zulaikha meminta perhatian para tetamunya supaya mendengar penjelasan yang hendak dibuatnya.

“Cik paun-puan sekelian, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi hadir menerima jemputan saya. Saya tahu ramai mengumpat dan mengata saya bermacam-macam. Pedih juga hati saya apabila mendapat tahu. Tetapi saya faham sebab apa puan-puan berkata begitu kerana puan-puan belum pernah bertemu dengan Yusuf. Itulah sebabnya saya jemput puan-puan ke mari supaya puan-puan dapat melihat Yusuf dengan mata sendiri. Setelah puan-puan tengok tadi, apa pendapat puan-puan?”

“Cantik, cantik sangat.” Kedengaran mereka memuji kecantikan Yusuf. Dan ada yang berkata: “Tak puas. Nak lagi. Panggillah dia datang lagi.”

Bersambung……

Wednesday, January 27, 2010

CINTA LAWAN PENJARA (bahagian 1)

Kisah Nabi Yusuf A.S mendapat tempat yang paling istimewa dalam Al-Quran. Ada sebuah surah sepanjang 111 ayat dinamakan ‘Surah Yusuf’, khas untuk menceritakan kisahnya. Tidak ada kisah lain yang diberi keistimewaan sebegitu oleh Al-Quran. Mari kita ikuti sebahagian dari kisahnya, yang diceritakan semula dengan beberapa tambahan imaginatif, berdasarkan surah tersebut:

Di pintu mahligainya, Zulaikha menyambut para tetamunya dengan ramah mesra. Dia mempersilakan mereka mengambil tempat duduk masing-masing seperti yang telah disediakannya, iaitu kerusi-kerusi santai yang mewah. Buah-buah segar seperti epal dan mangga telah sedia terhidang di atas meja.

Apabila semua tetamu telah duduk, khadam pun datang dengan penuh beradab, memberikan mereka sebilah pisau setiap orang. Pisau-pisau itu semuanya tajam berkilat kerana telah diasah khas untuk tujuan itu. Lalu Zulaikha pun mempersilakan mereka menikmati hidangan dengan menggunakan pisau istimewa itu.

Ketika pisau di tangan, saat itulah Zulaikha menyuruh Yusuf keluar memperlihatkan dirinya kepada para tetamu. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat Yusuf. Mereka terpegun, terpesona dan terpukau dengan suatu keajaiban ciptaan Tuhan. Belum pernah mereka melihat sesuatu yang cantik dan indah seperti itu sebelum ini.

Tanpa mereka sedari, pisau yang tajam telah menghiris jari-jari dan tangan mereka sendiri. Mereka sangkakan memotong buah, padahal mereka memotong jari-jari sendiri. Darah menitik memerahi lantai, namun mereka tidak terasa pun sakitnya.

Dalam keadaan ternganga dan seperti kebingungan, mereka berkata, “Maha Suci Allah, ini bukannya manusia. Ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia.”

“Apa hal semua ini? Tangan semua berdarah-darah ni, apasal? Ha? Cik Puan, kenapa ni? Berdarah-darah tangan ni, kenapa?”, Zulaikha pura-pura bertanya,menunjukkan seolah-olah dia terkejut melihat keadaan tetamunya.

Tuesday, January 26, 2010

Yang Mana Satu Idaman Anda (bahagian terakhir)

d) Wanita berpayudara besar
Lelaki yang suka memilih wanita sebegini adalah lelaki yang :
• Berjiwa keras, terlalu inginkan kebebasan di dalam kehidupan
• Mahukan kesempurnaan walaupun diri sendiri pincang.
• Sering bersikap terbuka tetapi tidak menerima pandangan orang lain.

e) Wanita berpayudara kecil
Lelaki yang suka memilih wanita sebegini adalah lelaki yang :
• Cenderung dengan perkara-perkara yang bertentangan
• Gemar mengambil jalan mudah
• Tidak mempunyai pandangan bernas
• Mudah didampingi dan peramah

f) Wanita berpunggung besar
Lelaki yang suka memilih wanita sebegini adalah lelaki yang :
• Mempunyai pandangan yang lemah terhadap diri sendiri
• Tidak memiliki pendirian yang kukuh
• Suka bantu orang
• Tidak mampu tolong diri sendiri

g) Wanita berbetis kecil
Lelaki yang suka memilih wanita sebegini adalah lelaki yang :
• Mementingkan kekemasan diri
• Tidak mampu menangani kesusahan dan berusaha tarik perhatian orang lain
• Perangai kurang menyenangkan
• Bijak membuat helah
• Sukakan kesempurnaan

h) Wanita berbetis kecil
Lelaki yang suka memilih wanita sebegini adalah lelaki yang :
• Suka akan suasana tenang
• Bijak jaga pasangan perasaan pasangan
• Sering berdolak dalik untuk jaga hati pasangan
i) Wanita berleher jinjang
Lelaki yang suka memilih wanita sebegini adalah lelaki yang :
• Tidak yakin pada diri sendiri
• Serba salah dalam membuat keputusan
• Pembengis
• Amat sayangkan pasangan
• Sanggup berkorban apa sahaja untuk pasangannya
• Tinggi angan-angan

Monday, January 25, 2010

YANG MANA SATU IDAMAN ANDA (bahagian 1)

Tahukah anda bahawa pada tahun 1997, Sally Beck yang merupakan seorang pensyarah dari salah satu universiti di Amerika Syarikat telah melakukan kajian tentang sifat-sifat lelaki yang sedang cuba memikat wanita idamannya.

Hasil kajiannya menunjukkan bahawa seorang lelaki itu akan memerhatikan segala sifat luaran wanita idamannya mengikut pemikiran mereka. Tetapi harus diingat, kajian ini tidak semestinya tepat.

a) Wanita bertubuh kurus
Lelaki yang suka memilih wanita sebegini adalah lelaki yang :
• Tidak tetap pendirian dalam hal peribadi dan kerjayanya.
• Fikiran mudah berubah, tidak selari dengan tindakannya.
• Ragu-ragu dalam membuat keputusan.
• Suka mengambil berat dan terlalu prihatin.

b) Wanita bertubuh gempal
Lelaki yang suka memilih wanita sebegini adalah lelaki yang :
• Mudah bersimpati.
• Tidak memberi perhatian terhadap sesuatu yang berkaitan dengan kecantikan dan kesempurnaan.

c) Wanita bertubuh sederhana
Lelaki yang suka memilih wanita sebegini adalah lelaki yang :
• Mudah menghargai perasaan orang lain.
• Bertanggung jawab terhadap perkara sekeliling.
• Tidak pentingkan diri sendiri
• Mudah diperguna oleh orang lain dan menjadi mangsa keadaan.

Thursday, January 21, 2010

Lelaki Dipinang Wanita


Ini bukanlah satu lawak jenaka. Tetapi satu fenomena yang perlu diberi perhatian oleh kaum lelaki seperti saya! Tidak mustahil, fenomena ini akan menjadi trend pada masa depan sekiranya kita mengambil kira faktor-faktor yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini.

Saya akui, fenomena ini memang janggal kalau dilihat pada sudut budaya kita. Namun, zaman sudah berubah. Wanita sudah ramai yang berjaya. Kedudukan mereka semakin tinggi di dalam hirarki masyarakat kita. Di IPTA dan IPTS misalnya, wanita sudah lama menjadi kaum majoriti.

Pada sudut perundangan, tiada undang-undang yang menyatakan adalah satu kesalahan seorang wanita itu meminang seorang lelaki. Wanita itu boleh terus bertanya kepada jejaka idamannya apakah kesudahannya hubungan mereka. Wanita yang berani melakukannya perlu bersedia dari segi mental kerana tindakannya ibarat seperti menongkah arus.

Ada 2 situasi yang menyebabkan fenomena ini terjadi :
1. Lelaki itu mempunyai taraf sosial yang lebih rendah daripada wanita idamannya tetapi lelaki itu ada keinginan untuk melamar. Oleh itu, wanita itu terpaksa memulakan segala-segalanya.
2. Wanita itu tak kisah apa yang akan diperkatakan orang kerana mereka memilih untuk melakukannya.

Pada pendapat saya, wanita sebegini adalah wanita yang berpandangan jauh dan berperibadi mulia. Dia memilih untuk tidak melakukan dosa. Sebaliknya berusaha mencari jodoh untuk dirinya. Apa pendapat anda pula? Tidak adil menuduh wanita sebegini gatal!

Tuesday, January 19, 2010

CINTA JARAK JAUH/CJJ

Cinta jarak jauh atau singkatannya CJJ terjadi apabila sepasang kekasih terpaksa berjauhan di antara satu sama lain atas sebab-sebab tertentu. Mungkin kerana tuntutan tugas atau sedang menuntut ilmu. Tetapi anda jangan salah sangka pula. Sepasang kekasih yang terpaksa berjauhan kerana krisis cinta tidaklah tepat di anggap sebagai CJJ.

Saya yakin pada hari ini, ramai di antara kita terjebak dengan CJJ (saya tidak ye!). Tambahan pula dengan kemudahan internet dan sistem telekomunikasi yang serba cangggih, CJJ sudah tidak anggap sebagai satu bebanan. Yang menjadi masalahnya, bagaimanakah cara terbaik untuk mempertahankan CJJ? Bagaimana kita nak menyuburnya supaya kehangatan cinta kita sentiasa berkekalan?

Pada saya, CJJ amat besar dugannya. Hanya individu yang mempunyai kekuatan cinta yang tinggi, penyabar, dan yakin sahaja akan berjaya. Apa tidaknya, ketika berjauhan inilah kita akan diuji dengan pelbagai dugaan dan godaan yang akan mengugat kesetiaan cinta kita. Malah saya sendiri pun belum tentu mampu mengharunginya.

Tetapi CJJ boleh berjaya sekiranya sepasang kekasih itu saling percaya-mempercayai. Salah satu caranya ialah dengan menganggap mempertahankan CJJ adalah satu tanggungjawab bersama. Tanggungjawab yang perlu dijalankan tanpa alasan yang munasabah atau tanpa rasa ragu-ragu.

Monday, January 18, 2010

Cinta Oh Cinta

Ketika anda sedang jatuh cinta, atau sedang putus cinta, atau sedang dilamun cinta, pernahkah anda terfikir, cinta itu apa? Kenapa mesti anda yang mengalaminya? Kenapa ia perlu ada di dalam diri setiap manusia? Adakah ia penting? Yang paling menghairankan, kenapa ada manusia sanggup bermusuhan demi cinta? Banyaknya soalan…

Pada saya, cinta adalah satu ukuran asas pengalaman yang memberikan perasaan kasih sayang sesama manusia, rela berkorban untuk orang lain, serta perasaan tertarik terhadap hubungan alam, bendan hidup, atau makhluk lain.

Kita boleh agak seseorang itu jatuh cinta melalui perbuatannya, perasaannya, emosinya dan pemikirannya. Oleh itu, jangan la hairan sekiranya cinta mempunyai pengaruh besar di dalam kehidupan manusia.

Cinta jugalah membuatkan seseorang itu gembira, sedih, yakin, rasa dimiliki dan sebagainya. Perjalanan cinta bermula apabila terbit rasa suka, hati terdetik, mulut tersenyum tanpa bicara, muka berseri-seri dan akhirnya (kalau berbasib baik), cinta dimiliki.

Cinta sejati lahir dari hati yang ikhlas dan tulus serta tanpa paksaan.