Thursday, January 28, 2010

CINTA LAWAN PENJARA (bahagian 2)

“eh eh, saya terpotong jari saya. Ya Allah, sakitnya…tolong…” Mereka baru tersedar apabila ditegur. Waktu itu barulah mereka terasa sakitnya jari atau tangan yang dihiris pisau.

Suasana menjadi riuh rendah dan kelam kabut oleh jeritan, raungan kesakitan dan meminta tolong. Yusuf segera meninggalkan tempat itu. Maka ada juga wanita yang memanggil namanya, meminta supaya dia terus duduk bersama mereka.

“Zulaikha, suruhlah Yusuf datang. Belum puas kami memandang dia. Panggillah dia, Zulaikha.” Kedengaran seseorang merayu kepada Zulaikha.

“O…sekarang baru kau orang semua tahu ya, siapa Yusuf. Sebelum ni, kau orang semua mengumpat aku, mengata aku macam-macam, tergila-gilakan hamba sendirilah, itulah, inilah. Ha, sekarang siapa yang tergila-gila sampai terpotong jari sendiri pun tak sedar?” Zulaikha memulangkan paku buah keras kepada mereka.

“Ha, jari siapa ni?” Tanya Zulaikha apabila terpandang ada sepotong jari yang putus, tergeletak di atas lantai.

“Eeh itu jari saya, jari saya!” Jerit seorang tetamu, lalu menerpa dan menyambar jari yang tergeletek di atas lantai itu.

Dalam suasana yang kelam kabut, Zulaikha meminta perhatian para tetamunya supaya mendengar penjelasan yang hendak dibuatnya.

“Cik paun-puan sekelian, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi hadir menerima jemputan saya. Saya tahu ramai mengumpat dan mengata saya bermacam-macam. Pedih juga hati saya apabila mendapat tahu. Tetapi saya faham sebab apa puan-puan berkata begitu kerana puan-puan belum pernah bertemu dengan Yusuf. Itulah sebabnya saya jemput puan-puan ke mari supaya puan-puan dapat melihat Yusuf dengan mata sendiri. Setelah puan-puan tengok tadi, apa pendapat puan-puan?”

“Cantik, cantik sangat.” Kedengaran mereka memuji kecantikan Yusuf. Dan ada yang berkata: “Tak puas. Nak lagi. Panggillah dia datang lagi.”

Bersambung……

No comments:

Post a Comment