Tuesday, January 19, 2010

CINTA JARAK JAUH/CJJ

Cinta jarak jauh atau singkatannya CJJ terjadi apabila sepasang kekasih terpaksa berjauhan di antara satu sama lain atas sebab-sebab tertentu. Mungkin kerana tuntutan tugas atau sedang menuntut ilmu. Tetapi anda jangan salah sangka pula. Sepasang kekasih yang terpaksa berjauhan kerana krisis cinta tidaklah tepat di anggap sebagai CJJ.

Saya yakin pada hari ini, ramai di antara kita terjebak dengan CJJ (saya tidak ye!). Tambahan pula dengan kemudahan internet dan sistem telekomunikasi yang serba cangggih, CJJ sudah tidak anggap sebagai satu bebanan. Yang menjadi masalahnya, bagaimanakah cara terbaik untuk mempertahankan CJJ? Bagaimana kita nak menyuburnya supaya kehangatan cinta kita sentiasa berkekalan?

Pada saya, CJJ amat besar dugannya. Hanya individu yang mempunyai kekuatan cinta yang tinggi, penyabar, dan yakin sahaja akan berjaya. Apa tidaknya, ketika berjauhan inilah kita akan diuji dengan pelbagai dugaan dan godaan yang akan mengugat kesetiaan cinta kita. Malah saya sendiri pun belum tentu mampu mengharunginya.

Tetapi CJJ boleh berjaya sekiranya sepasang kekasih itu saling percaya-mempercayai. Salah satu caranya ialah dengan menganggap mempertahankan CJJ adalah satu tanggungjawab bersama. Tanggungjawab yang perlu dijalankan tanpa alasan yang munasabah atau tanpa rasa ragu-ragu.

No comments:

Post a Comment