Friday, January 29, 2010

Cinta Lawan Penjara (bahagian akhir)

Tetapi Zulaikha menjawab mereka begini:”Cukup! Saya nak beritahu kamu semua, saya memang sukakan dia. Memang aku jatuh cinta dengan Yusuf. Tetapi dia berkeras tidak mahu mengikut kemahuan aku. Tidak mengapa. Aku tahu apa aku akan buat. Kalau dia berkeras lagi, penjaralah tempat dia. Biar dia rasa betapa hinanya diri dia kerana tidak mengikut kemahuan diriku.”

Malam itu, ketika melihat tetamunya pulang, Zulaikha berasa sangat puas. Apa yang terbuku di dalam hatinya telah pun dilepaskan. Dia berasa sungguh lega tetapi lain pula dengan Yusuf.

Yusuf semakin terdesak. Selepas peristiwa di majlis keraian itu semakin ramai wanita yang berminat dengannya. Setiap hari ada sahaja yang datang menganggunya, bahkan ada yang mengajaknya kahwin. Keadaan ini sangat merimaskan. Dia bimbang kalau dia terjebak ke dalam perangkap syaitan tanpa menyedarinya.

Sebagai seorang Nabi yang sentiasa memelihara hatinya agar tidak melupai Allah SWT, pilihan Yusuf hanya satu, iaitu mengadu kepada Allah SWT. Yusuf mengadu kepada Allah (Surah Yusuf ayat 33) begini:

“Tuhanku, aku lebih suka penjara daripada mengikut kehendak mereka. Namun jika Engkau tidak jauhkan dari godaan mereka, nescaya rebahlah aku kepada mereka dan jadilah aku termasuk di dalam golongan orang jahil.”

Yusuf memilih penjara dan menolak asmara. Dengan pilihannya yang bijak ini, dia sekali lagi berjaya menghadapi ujian dalam hidupnya.

Allah SWT mendengar aduan hamba-Nya yang ikhlas. Dia memperkenankan doa Nabi Yusuf lalu menjauhkannya dari godaan para wanita yang terpedaya oleh syaitan. Yusuf dipenjarakan.

No comments:

Post a Comment