Tuesday, March 9, 2010

Makna CINTA Ketika PerTUNANGan

PerTUNANgan merupakan satu cara untuk menyempurnakan janji untuk berKAHWIN. Ianya dianggap sebagai tanda CINTA yang asli dan tulus. PerTUNANGan adalah tanda satu hasrat untuk mempertahankan CINTA hingga ke jinjang pelamin. Pertunangan boleh dianggap sebagai fasa terakhir sebelum menempuh alam perKAHWINan.

Tempoh perTUNANGan bukanlah dianggap indah oleh pasangan yang sudah berTUNANG. Ketika ini, hubungan mereka bakal duji oleh godaan demi godaan dari pelbagai pihak. Goadaan-godaan ini mampu membuatkan pasangan berubah hati dan pendirian sekiranya tidak ada usaha untuk menangkisnya. Orang yang berTUNANG dianggap sebagai ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak dengan gangguan perasaan yang boleh mencetuskan perkara-perkara dalam tempoh perTUNANGan.

Bagi adat orang Melayu, tempoh perTUNANGan tidak harus dan semestinya lama. Berita perTUNANGan tidak perlu dihebohkan kerana dikhuatiri pasangan tidak jadi melangsungkan perKAHWINan. Secara tidak langsung, nama keluarga dapat di pelihara daripada mendapat malu jika berita buruk tentang perTUNANGan itu benar-benar berlaku.

PerTUNANGan dan perKAHWINan adalah dua perkara yang berbeza. Berbanding dengan perKAHWINan, perTUNANGan perlu dipandang sebagai tempoh bagi penCINTA untuk mengenali pasangan. Seharusnya, tempoh itu dijadikan platform terbaik untuk mencari titik persamaan dan persefahaman di antara satu sama lain. PerTUNANGan adalah ikatan tanpa akad untuk menghalalkan segala hubungan LELAKI dan WANITA.

Bagi pihak LELAKI, mereka perlu sedar dan insaf kerana belum bergelar suami. Begitu juga dengan pihak perempuan. Berhati-hatilah bahawa syaitan tidak pernah jemu untuk mengoda supaya CINTA yang dibina akhirnya hancur di pertengahan.
.

No comments:

Post a Comment