Tuesday, March 9, 2010

CINTA Selepas PerKAHWINan

ALLAH SWT mengiktiraf CINTA selepas perKAHWINan CINTA tersebut sebenar amat dituntut dan lebih diredhai oleh ajaran ISLAM. Apabila sudah ada ikatan yang sah dari segi syarak,SUAMI dan ISTERI harus sedar dan menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada orang yang diCINTAi. Keadaan sekarang amat berbeza. Ramai pasangan menjalinkan hubungan CINTA sebelum berKAHWIN. Tambah nenyulitkan keadaan apabila ada pasangan yang terleka sehingga terjebak ke arah penzinaan.

Apabila sudah ada tanggungjawab yang harus dijaga, setiap pasangan perlu membuktikan perasaan CINTA itu melalui ketaatan seperti patuh kepada perintah SUAMI. Bukan itu sahaja,CINTA juga hendaklah melalui kasih sayang, pengorbanan dan bersungguh-sungguh memuliakan pasangan. Tutur kata harus dijaga supaya tidak menghiris hati pasangan. Tidak lupa juga, doa hendaklah sentiasa dipohon agar rumah tangga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Setiap pasangan sudah tentu mengidamkan dikurniakan anak yang ramai. Bagi mereka, itulah bukti terhadap CINTA yang terjalin selama ini. Tetapi ada juga pasangan yang tidak dikurniakan anak walaupun sudah lama berKAHWIN. SUAMI harus bersabar apabila berhadapan dengan situasi sebegini. SUAMI tidak perlu terburu-buru menyalahkan ISTERI lalu berKAHWIN lain. SUAMI dan ISTERI hendaklah duduk berbincang serta berusaha mendapatklan anak melalui cara tradisional atau perubatan. Sekiranya usaha itu tidak berhasil, mereka boleh mengambil anak angkat.

Satu elemen penting yang patut ada di dalam sesebuah perKAHWINan ialah sentiasa menjalin hubungan baik dengan keluarga pasangan. Terdapat banyak cara untuk menjalin hubungan baik dengan keluarga pasangan. Antaranya, sentiasa bertanya khabar sekiranya tidak ada kesempatan untuk berziarah. Mungkin faktor jarak telah membataskan waktu untuk berziarah. Selain itu, pemberian hadiah juga dapat dijadikan penghubung dengan keluarga pasangan. Tidak perlu hadiah yang hebat. Cukuplah sekadar buah-buahan untuk membuatkan hati keluarga pasangan senang hati.

CINTA memang mengasyikkan namun CINTA boleh melekakan. Tadbirlah perasaan CINTA dengan betul tanpa lupa tanggungjawab, batasan serta ajaran Islam. Jadikan CINTA sebagai jalan ke syurga.

No comments:

Post a Comment