Wednesday, March 10, 2010

Realiti CINTA Sejati

Setiap apa yang wujud di dunia pasti ada penciptanya. Tidak ada sesuatu yang wujud tanpa pencipta. Penciptanya adalah ALLAH SWT. Setiap penciptaannya ada sebab dan matlamat kewujudan. Dalam soal CINTA, ALLAH SWT adalah penciptanya. Bagaimanapun tidak ramai manusia yang menyedari hakikat didatangkan perasaan CINTA iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada ALLAH SWT. Hakikat CINTA ialah kembali kepada mengagung dan membesarkan TUHAN yang menciptakan segala CINTA yang merupakan sumber kepada kedamaian dan keamanan dunia.

Bagi insan yang beriman, mereka meletakkan sepenuh harapan yang kuat dan kukuh kepada ALLAH SWT di dalam soal perCINTAan. Mereka sering bersikap tenang dalam apa jua situasi. Mereka yakin dan percaya bahawa CINTA datang dari ALLAH SWT. ALLAH SWT saja yang dapat menganugerahkan perasaan CINTA dan menghapuskan CINTA. Mereka percaya bahawa itulah sebenar-benarnya CINTA.

CINTA memerlukan pengorbanan yang tinggi dari setiap individu yang terlibat di dalam soal perCINTAan. CINTA penuh dengan air mata. Ianya disertai dengan aliran perasaan yang amat luas. Getarannya mengasyikkan setiap insan yang merasainya. CINTA penuh dengan keindahan, kehalusan perasaan serta kenikmatan jasmani. CINTA bukan sahaja melibatkan perasaan semulajadi antara LELAKI dan WANITA malah ia melibatkan hubungan manusia dan alam, manusia dan tuhan serta manusia dan perbuatan.

Bagi insan yang beriman, dia tidak mudah kecewa dengan CINTA. Malah, dia dapat mengelak daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka bersikap terbuka disamping mampu menangani masalah CINTA dengan bijaksana. Sekiranya, terbit penderitaan dan kebencian, ia adalah sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan tentang kehidupan sebenar.

No comments:

Post a Comment