Tuesday, March 23, 2010

Iblis Awar

Saya yakin ramai tak tau tentang Iblis Awar. Pada mulanya, saya juga tercengang-cengang bila dengar tentang iblis jenis ni. Tapi saya tau sikit-sikit, saya pun terkejut bila tau tentang apa dan tugas “khas”nya. Iblis Awar berperanan aktif dalam menggalakkan kegiatan zina. Iblis ni mempunyai strategi-strategi tersendiri supaya manusia mudah terjerumus ke kancah zina. Strategi iblis ni menyamai strategi manusia yang mempunyai perancangan tersendiri untuk menumpaskan musuhnya.

Bagaimana ye iblis ni aktif sesangat untuk menghancurkan umat manusia? Iblis Awar akan sedaya-upaya untuk mempengaruhi serta menggoda lelaki dan perempuan supaya melakukan zina. Iblis ini menggunakan mata sebagai strategi utamanya. Melalui mata, seorang lelaki atau perempuan itu mudah “terbakar” nafsu untuk melakukan zina.

Bila seorang perempuan duduk berhadapan dengan seorang lelaki, iblis ni akan duduk di atas kepala perempuan itu . Iblis ini menjadikan perempuan itu nampak cantik, menarik dan menggoda supaya lelaki terpesona dengan perempuan itu.

Bila perempuan itu berpaling ke belakang, iblis ni akan duduk di punggung perempuan itu pula. Tujuannya supaya punggung perempuan itu kelihatan menarik sehingga timbul keinginan di hati lelaki itu untuk berzina. Iblis Awar akan cuba memujuk lelaki itu untuk menghampiri perempuan. Bermulalah sesi bertanya khabar dan sekiranya memperoleh reaksi positif, maka pertemuan demi pertemuan diaturkan.

Iblis Awar ni licik juga. Iblis ni juga memujuk perempuan itu untuk tidak tertarik dengan lelaki pada awalnya tetapi akhirnya mengalah lalu menurut saja kehendak lelaki. Bila kita fikir betul-betul, semua ni terjadi bila “sesi” memandang perempuan dimulakan lalu timbul niat atau keinginan untuk berzina dengannya. Kita semua tau iaitu zina mata adalah dosa kecil tapi ia boleh mendekatkan kepada perbuatan pula.

Iblis ni memang suka bila perzinaan berleluasa. Bagi iblis ni, satu kejayaan besar bila manusia berzina lalu melahirkan bayi-bayi tak berbapa. Oleh itu,kesimpulannya, mari kita jaga mata kerana ia adalah panah iblis paling “power” untuk menjerumuskan seseorang ke kancah maksiat.

Psst: artikel ni untuk peringatan saya juga.

Wednesday, March 10, 2010

Realiti CINTA Sejati

Setiap apa yang wujud di dunia pasti ada penciptanya. Tidak ada sesuatu yang wujud tanpa pencipta. Penciptanya adalah ALLAH SWT. Setiap penciptaannya ada sebab dan matlamat kewujudan. Dalam soal CINTA, ALLAH SWT adalah penciptanya. Bagaimanapun tidak ramai manusia yang menyedari hakikat didatangkan perasaan CINTA iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada ALLAH SWT. Hakikat CINTA ialah kembali kepada mengagung dan membesarkan TUHAN yang menciptakan segala CINTA yang merupakan sumber kepada kedamaian dan keamanan dunia.

Bagi insan yang beriman, mereka meletakkan sepenuh harapan yang kuat dan kukuh kepada ALLAH SWT di dalam soal perCINTAan. Mereka sering bersikap tenang dalam apa jua situasi. Mereka yakin dan percaya bahawa CINTA datang dari ALLAH SWT. ALLAH SWT saja yang dapat menganugerahkan perasaan CINTA dan menghapuskan CINTA. Mereka percaya bahawa itulah sebenar-benarnya CINTA.

CINTA memerlukan pengorbanan yang tinggi dari setiap individu yang terlibat di dalam soal perCINTAan. CINTA penuh dengan air mata. Ianya disertai dengan aliran perasaan yang amat luas. Getarannya mengasyikkan setiap insan yang merasainya. CINTA penuh dengan keindahan, kehalusan perasaan serta kenikmatan jasmani. CINTA bukan sahaja melibatkan perasaan semulajadi antara LELAKI dan WANITA malah ia melibatkan hubungan manusia dan alam, manusia dan tuhan serta manusia dan perbuatan.

Bagi insan yang beriman, dia tidak mudah kecewa dengan CINTA. Malah, dia dapat mengelak daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka bersikap terbuka disamping mampu menangani masalah CINTA dengan bijaksana. Sekiranya, terbit penderitaan dan kebencian, ia adalah sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan tentang kehidupan sebenar.

Tuesday, March 9, 2010

CINTA Selepas PerKAHWINan

ALLAH SWT mengiktiraf CINTA selepas perKAHWINan CINTA tersebut sebenar amat dituntut dan lebih diredhai oleh ajaran ISLAM. Apabila sudah ada ikatan yang sah dari segi syarak,SUAMI dan ISTERI harus sedar dan menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada orang yang diCINTAi. Keadaan sekarang amat berbeza. Ramai pasangan menjalinkan hubungan CINTA sebelum berKAHWIN. Tambah nenyulitkan keadaan apabila ada pasangan yang terleka sehingga terjebak ke arah penzinaan.

Apabila sudah ada tanggungjawab yang harus dijaga, setiap pasangan perlu membuktikan perasaan CINTA itu melalui ketaatan seperti patuh kepada perintah SUAMI. Bukan itu sahaja,CINTA juga hendaklah melalui kasih sayang, pengorbanan dan bersungguh-sungguh memuliakan pasangan. Tutur kata harus dijaga supaya tidak menghiris hati pasangan. Tidak lupa juga, doa hendaklah sentiasa dipohon agar rumah tangga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Setiap pasangan sudah tentu mengidamkan dikurniakan anak yang ramai. Bagi mereka, itulah bukti terhadap CINTA yang terjalin selama ini. Tetapi ada juga pasangan yang tidak dikurniakan anak walaupun sudah lama berKAHWIN. SUAMI harus bersabar apabila berhadapan dengan situasi sebegini. SUAMI tidak perlu terburu-buru menyalahkan ISTERI lalu berKAHWIN lain. SUAMI dan ISTERI hendaklah duduk berbincang serta berusaha mendapatklan anak melalui cara tradisional atau perubatan. Sekiranya usaha itu tidak berhasil, mereka boleh mengambil anak angkat.

Satu elemen penting yang patut ada di dalam sesebuah perKAHWINan ialah sentiasa menjalin hubungan baik dengan keluarga pasangan. Terdapat banyak cara untuk menjalin hubungan baik dengan keluarga pasangan. Antaranya, sentiasa bertanya khabar sekiranya tidak ada kesempatan untuk berziarah. Mungkin faktor jarak telah membataskan waktu untuk berziarah. Selain itu, pemberian hadiah juga dapat dijadikan penghubung dengan keluarga pasangan. Tidak perlu hadiah yang hebat. Cukuplah sekadar buah-buahan untuk membuatkan hati keluarga pasangan senang hati.

CINTA memang mengasyikkan namun CINTA boleh melekakan. Tadbirlah perasaan CINTA dengan betul tanpa lupa tanggungjawab, batasan serta ajaran Islam. Jadikan CINTA sebagai jalan ke syurga.

Makna CINTA Ketika PerTUNANGan

PerTUNANgan merupakan satu cara untuk menyempurnakan janji untuk berKAHWIN. Ianya dianggap sebagai tanda CINTA yang asli dan tulus. PerTUNANGan adalah tanda satu hasrat untuk mempertahankan CINTA hingga ke jinjang pelamin. Pertunangan boleh dianggap sebagai fasa terakhir sebelum menempuh alam perKAHWINan.

Tempoh perTUNANGan bukanlah dianggap indah oleh pasangan yang sudah berTUNANG. Ketika ini, hubungan mereka bakal duji oleh godaan demi godaan dari pelbagai pihak. Goadaan-godaan ini mampu membuatkan pasangan berubah hati dan pendirian sekiranya tidak ada usaha untuk menangkisnya. Orang yang berTUNANG dianggap sebagai ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak dengan gangguan perasaan yang boleh mencetuskan perkara-perkara dalam tempoh perTUNANGan.

Bagi adat orang Melayu, tempoh perTUNANGan tidak harus dan semestinya lama. Berita perTUNANGan tidak perlu dihebohkan kerana dikhuatiri pasangan tidak jadi melangsungkan perKAHWINan. Secara tidak langsung, nama keluarga dapat di pelihara daripada mendapat malu jika berita buruk tentang perTUNANGan itu benar-benar berlaku.

PerTUNANGan dan perKAHWINan adalah dua perkara yang berbeza. Berbanding dengan perKAHWINan, perTUNANGan perlu dipandang sebagai tempoh bagi penCINTA untuk mengenali pasangan. Seharusnya, tempoh itu dijadikan platform terbaik untuk mencari titik persamaan dan persefahaman di antara satu sama lain. PerTUNANGan adalah ikatan tanpa akad untuk menghalalkan segala hubungan LELAKI dan WANITA.

Bagi pihak LELAKI, mereka perlu sedar dan insaf kerana belum bergelar suami. Begitu juga dengan pihak perempuan. Berhati-hatilah bahawa syaitan tidak pernah jemu untuk mengoda supaya CINTA yang dibina akhirnya hancur di pertengahan.
.

Kisah Benar Wanita Yang Cekal

Kisah ini agak menyedihkan saya dan membuatkan saya terharu yang amat sangat dengan ketabahan seorang wanita bergelar isteri. Kisah benar ini berlaku kepada diri saya sendiri. Saya rasa ianya perlu direnungi dan difikirkan demi kebaikan bersama. Kisah ini berlaku pada akhir tahun lepas.

Seperti sudah sedia maklum, setiap hari Jumaat, para Muslimin akan bergegas ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Saya juga tidak ketinggalan untuk bersolat. Namun pada hari itu agak berlainan kerana biasanya saya akan mandi terlebih dahulu supaya lebih segar. Tetapi pada hari tersebut, saya gagal berbuat sedemikian kerana sibuk atas beberapa urusan yang tidak dapat dielakkan. Lalu saya terus bergegas ke masjid (saya terpaksa rahsiakan).

Kebiasaannya, imam atau nazir masjid akan mengumumkan hal-hal penting sebelum bersolat. Pada hari itu, imam masjid ini mengumumkan sumbangan derma untuk meringankan beban seorang isteri atau ibu yang menghadapi kesempitan hidup ekoran suaminya kehilangan upaya untuk berkerja. Suaminya telah jatuh sakit serta amat memerlukan wang untuk membeli ubat-ubatan untuk suaminya selain daripada perbelanjaan dapur.

Saya menganggap ianya hanyalah perkara biasa sahaja. Tambahan pula saya sememangnya sudah memasang niat untuk menderma setakat yang termampu. Selesai solat dan berdoa, saya pun bergegas ke tempat wanita itu. Saya hulurkan derma ihklas saya. Perasaan saya sayu apabila melihat wajah ibu ini. Jelas kelihatan bahawa wanita ini keletihan, lesu dan bibirnya kering mungkin sudah lama tidak menikmati sebarang minuman.

Dia hanya mampu bersandar ke dinding sambil memandang ke arah jemaah yang bersimpati di samping mengucapkan terima kasih. Semua wang derma dimasukkan ke dalam tong khas . Dia jelas berada dalam kesedihan dan tekanan yang maha hebat. Paling mengharukan saya, ada seorang budak lelaki (kalau tidak silap saya) kelihatan asyik bermain dengan alat permainananya. Saya yakin itu adalah anak wanita itu. Anak itu tetap ceria sambil melemparkan senyuman manis kepada para jemaah seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Saya berdiri kaku apabila melihat adegan itu. Hati saya sedih mengenangkan nasib wanita itu. Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, saya masih memikirkan nasib wanita itu. Bagaimanakah suaminya? Sudah sembuhkah dia? Bagaimanakah kehidupannya kini terutamanya anak kecil itu? Saya hanya mampu berdoa semoga Allah SWT meringankan penderitaan hidup isteri cekal ini. Amin.