Sunday, February 28, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL

TANGGAL 12 Rabiul Awal pada setiap tahun umat Islam akan menyambut kehadiran tarikh kelahiran Nabi Muhammad S.A.W melalui pelbagai acara, antaranya perarakan besar-besaran, ceramah agama dan jamuan.

Ada juga majlis marhaban dan qasidah yang dialunkan dengan suara merdu dan penuh bersemangat, berdasarkan kitab Berzanji dan Burdah al-Bushairi. Semuanya demi menggambarkan kasih terhadap Baginda S.A.W.


Mencintai Nabi Muhammad S itu .A.W adalah satu prinsip agama yang sangat penting. Seseorang tidak dianggap beriman sehingga dia benar-benar mencintai Nabi melebihi dirinya sendiri, kaum kerabat dan harta-bendanya.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya)..." (Surah al-Taubah: 24)

Rasulullah s.a.w berhak meraih cinta itu kerana Baginda S.A.W adalah makhluk paling mulia di sisi Allah, memiliki akhlak yang luhur, mengasihi umatnya, memberi petunjuk dan menyelamatkan umatnya dari neraka, malah menjadi rahmat kepada seluruh alam.

Orang yang benar-benar mencintai Rasulullah S.A.W memiliki ciri tertentu. Berikut adalah tanda yang membuktikan perasaan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w:

# Mentauhidkan Allah - Hikmah utama diutusnya rasul termasuk Nabi Muhammad S.A.W adalah untuk menyeru manusia kembali kepada tauhid yang murni dan menentang syirik.

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhi Taghut." (Surah al-Nahl: 36)

Maksud mentauhidkan Allah ialah beribadat hanya kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu.

# Mempelajari al-Quran, memahaminya, mengamalnya dan menyebarkan ajarannya - Mukjizat yang paling utama bagi Rasulullah S.A.W ialah al-Quran al-Karim, iaitu aset utama baginya dalam menyebarkan Islam.

Ibnu Mas'ud berkata: "Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya, kecuali al-Quran. Apabila dia mencintai al-Quran, maka dia mencintai Allah dan Rasul-Nya." (Huquq al-Nabi)

# Mentaati sunnah Nabi s.a.w - Satu lagi tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi s.a.w ialah dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya.

Ini kerana Allah memberi jaminan yang Baginda S.A.W adalah insan terbaik untuk dijadikan contoh ikutan bagi umat manusia.

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu..." (Surah al-Ahzab: 21)

# Menyebarkan sunnah Nabi S.A.W - Sabda Baginda S.A.W, maksudnya: "Kamu semua hendaklah sampaikan apa yang diambil daripadaku walau satu ayat." (Hadis riwayat al-Bukhari)

# Sentiasa memuji dan mengingatinya - Sekiranya kita mencintai Nabi Muhammad S.A.W, seharusnya Baginda S.A.W sentiasa berada di hati kita.

Kita juga sepatutnya memuji Nabi S.A.W dengan pujian yang selayak baginya. Pujian yang paling utama adalah dengan berselawat kepadanya dengan selawat yang terdapat dalam hadis yang sabit daripada Baginda S.A.W.

# Mencintai mereka yang dicintai oleh Nabi S.A.W - "Janganlah kamu semua mencaci salah seorang sahabatku. Ini kerana, sekiranya salah seorang di kalangan kamu menafkahkan emas sebesar gunung Uhud, semua itu tidak mampu menyamai satu mud (yang diinfakkan) salah seorang antara mereka malah tidak mencapai separuh." (Hadis riwayat Muslim)

# Benci orang dibenci Nabi S.A.W - Hendaklah kita membenci dan menjauhkan diri dari mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya seperti golongan yang kufur kepada agama Allah dan mereka yang bergelumang dengan perbuatan bertentangan syarak.

# Membela Nabi S.A.W dari serangan golongan munafik - "Sesiapa yang membela kami dari gangguan orang-orang musyrik dia akan mendapat balasan syurga atau menjadi temanku di syurga." (Hadis riwayat Muslim)

SUMBER : artikelsklkn.blogspot.com

Friday, February 19, 2010

Bukan Tiada Idea…

Kalau sesiapa selalu mengunjungi blog ni memang akan perasan yang saya sudah lama tak ‘update’ blog ni. Harap maklum, bukan tiada idea tau..tapi saya sedang sibuk dengan kerja-kerja pejabat yang amat banyak. Saya masih lagi berkhidmat di Pejabat Daerah Dan Tanah Tampin. Saya bertugas di Unit Pentadbiran dan bertanggungjawab bagi kerja-kerja aset dan stor.

Setiap tahun, semua jabatan kerajaan di Negeri Sembilan kena ‘submit’ Laporan Tahunan Aset dan Stor ke Pejabat Kewangan Negeri pada atau sebelum 15 Mac. So, sejak bulan Disember lagi saya sudah bertungkus lumus untuk menyiapkan segala laporan yang diperlukan. Ditambah lagi dengan Pekeliling Pengurusan Stor Kerajaan sudah diterima pakai pada bulan Ogos tahun lepas, so saya masih lagi dalam proses memahami pengurusan stor yang baru.




Memang tension gila tapi saya tak tau saja. Nama pun tugas so buat saja la. Sekarang ni boleh dikatakan sudah sampai ‘waktu-waktu kecederaan’, so banyak kerja-kerja pejabat saya bawa balik. Sampaikan waktu cuti pun saya terpaksa korbankan. Takpa, lepas 15 Mac nanti ok la sikit.

Tentang blog ni…saya rasa saya letak artikel yang agak serius. Saya fikir ‘better’ saya terbitkan artikel-artikel yang lebih santai dan dalam ‘happy mood’. Biar la tajuknya serius tapi cara pengolahannya santai. Paling penting, ‘point-point’ penting atau mesej-mesej penting sampai kepada anda. Itulah tujuannya saya ‘buat’ blog ni. Blog dan artikel ni khas untuk anda.

Harapan saya semoga blog ni bakal menjadi rujukan anda pada bila-bila masa sahaja..dan seterusnya muncul sebagai blog utama dalam kategori CINTA pada masa akan datang. Insya-Allah.

Monday, February 15, 2010

Falsafah Perkahwinan Dalam Islam (Bahagian Terakhir)

Masyarakat Islam

Untuk mengakhiri perbincangan kita ini elok juga ditinjau sikap umat Islam hari ini terhadap perkahwinan.

Sejak kejatuhan umat Islam dari memegang teraju kepimpinan manusia, dengan kemunculan tamadun barat, ajaran Islam diusahakan supaya lenyap sedikit demi sedikit daripada kehidupan kaum Muslimin. Paling tidak ia dikelirukan sehingga masyarakat Islam mengamalkan ajaran-ajaran Islam secara kesamaran. Kejahilan umat Islam terhadap agamanya, bukan kerana serangan daripada Barat sahaja. Keruntuhan personaliti juga turut terlibat sehingga kecintaan kepada ilmu dan kegigihan mempelajarinya menjadi bertambah malap. Akhlak yang baik dan nilai-nilai yang mulia beransur-ansur menjadi layu dengan kemaraan nilai-nilai songsang. la mudah sahaja memenuhi kekosongan dan menguasai kelemahan yang sudah merata di kalangan masyarakat Islam.

Keadaan yang disebutkan di atas mempengaruhi sikap masyarakat Islam dalam segenap kehidupan iaitu politik, ekonomi dan sosial, khususnya dalam kehidupan keluarga yang menjadi tajuk pembincangan kita. Dengan lain perkataan, suasana pembentukan keluaiga hari ini dan kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalamnya, bukanlah semata-mata hasil daripada serangan nilai-nilai songsang tetapi juga kerana kelemahan yang sedia wujud dalam masyarakat Islam setelah berlakunya krisis personaliti Islam dan kerenggangan nilai-nilai Islam daripada kehidupan.

Walaupun pada umumnya masyarakat kita masih menganggap perkahwinan itu suatu ikatan suci, tetapi minat untuk mempertahankan kesucian itu makin berkurangan dengan berkembangnya maksiat dan lumrahnya perzinaan. Lebih-lebih lagi perzinaan yang berlaku di kalangan orang yang sudah beristeri atau bersuami. Kerana itulah maka tujuan perkahwinan untuk menjaga kesucian (Iffah) tidak sangat diperhitungkan oleh masyarakat kita. Namun begitu, tidaklah boleh dikatakan penyakit ini berjangkit kepada semua lapisan masyarakat kita. Masih banyak lagi di kalangan kita yang tetap memelihara Iffah ini dan mempertahankannya. Masyarakat kita belumlah sampai kepada peringkat kerosakan seperti masyarakat Barat. Tetapi jika sekiranya tidak diawasi dan langkah-langkah berkesan tidak diambil, tidak mustahil perkembangan yang meruntuhkan itu akan turut menyerang dan melanda masyarakat kita.

Bersekedudukan adalah akibat perubahan sikap terhadap perkahwinan. Perkembangan ini jika dibiarkan akan menggugat kesucian ikatan perkahwinan dan meletakkan institusi keluarga dalam keadaan yang tidak dikawal oleh peraturan dan nilai-nilai akhlak. Perkembangan ini sebenarnya merupakan masalah yang sangat serius yang tidak boleh dihadapi oleh mahkamah semata-mata., tetapi seluruh masyarakat adalah terlibat di dalam usaha mencegahnya dan kekuatan masyarakat dalam menolak perkembangan ini adalah lebih berkesan daripada hukuman mahkamah. Untuk mempertahankan kesucian perkahwinan dan keutuhan institusi keluarga yang mempunyai peraturan yang membawa kepada kesejahteraan, nilai-nilai Islam hendaklah diperkukuhkan dalam masyarakat. Untuk mencapai tujuan ini masyarakat Islam perlu membina kembali personaliti Islam supaya bertambah kukuh. Pengetahuan mengenai Islam hendaklah disebarkan dengan seluas-luasnya dan gerakan dakwah hendaklah diperhebatkan.

Masyarakat Islam hendaklah menyedari bahawa institusi keluarga dan syariat perkahwinan wajib dipertahankan kerana punca terbesar keruntuhan sesuatu masyarakat berpunca daripada kehancuran institusi keluarga dan sikap terhadap perkahwinan. Apabila keluarga telah runtuh tanggungjawab memelihara dan mengawal rakyat terserah kepada pemerintah. Sedangkan bagaimana cekap sesebuah kerajaan pun ia tidak berupaya menjalankan tugas-tugas keluarga seperti memelihara, mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak. Tanpa didikan yang sempuma dan bimbingan yang wajar, anak-anak ini akan menjadi generasi yang pincang.



Kesimpulan

1 . Perkahwinan adalah cara hidup semula jadi manusia dan asas perkembangan masyarakat secara tersusun dan teratur. Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Islam adalah untuk menjamin penerusan perkembangan masyarakat secara sihat dan tersusun demi kesejahteraan ummat.

2. Perkahwinan adalah ikatan suci yang wajib dipertahankan dan hendak berpoligami atau tidak, pertimbangan yang adil hendaklah diberikan di samping tujuan dan roh berpoligami itu tidak dirosakkan. Dalam hal ini keharusan yang diberikan oleh Islam bukan bermakna galakan atau kebenaran yang boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Kemanisan berpoligami bertujuan membela orang-orang yang tidak bernasib baik di dalam masyarakat. Berpoligami yang membawa kepada pengabaian tugas terhadap anak-anak dan isteri adalah bertentangan dengan kehendak ketaqwaan.

3. Perancangan keluarga dalam pengertian menghadkan kelahiran anak tidak dapat diterima oleh Islam. Tetapi perancangan keluarga dalam pengertian memberi layanan lebih baik kepada keluarga, meningkatkan mutu kesihatan dan keselesaan hidup serta meningkatkan penglibatan teihadap amalan-amalan yang bermoral, adalah wajib di dalam Islam.

SUMBER : www.islam.gov.my

Friday, February 12, 2010

ELAK SAMBUT VALENTINE’S DAY (Bahagian Terakhir)

Dalam pada itu, nama St. Valentine juga sering digunakan oleh gereja-gereja
Roman Katolik bersempena mengingati jasa-jasa tokoh agama tersebut,
seumpama St. Valentine Church di Philadelphia, Pennsylvania, St. Valentine’s
Catholic Church di Peru, Illinois, St. Valentine Church di Bethel Park,
Pennsylvania, St. Valentine Church di Thonstetten, Moosburg, Munich dan St.
Valentine Church di Buffalo, New York.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan salah
sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini
sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya
meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dalam soal yang
melibatkan aqidah Islam.

Islam sangat prihatin dan sangat menginginkan supaya umatnya mempunyai
identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu
penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta
tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan
umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan
akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain.
Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.;

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan
menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu
menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan
beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu
beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi
aku agamaku.”
(al-Kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat
lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman,
hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiri
bercanggah dengan identiti dan syariah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal
melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan
Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.;

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada
amalan kami maka ia akan ditolak.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Dalam hal ini Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan
menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan
dengan ajaran Islam”. Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang
bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa
amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan
amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah
bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari
Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

sumber:www.islam.gov.my

Thursday, February 11, 2010

ELAK SAMBUT VALENTINE’S DAY (Bahagian 1)

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan
masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an
beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas
dan menayangkan iklan ataupun filem-filem yang bertemakan perayaan tersebut.
Perayaan Hari Kekasih semakin dikenali oleh generasi muda kesan dari budaya
asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada media cetak
mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali oleh mereka sebagai perayaan hari
berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk
mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada mereka yang dicintai
atau dikasihi.

Perayaan ini biasanya diraikan di kafe-kafe, hotel-hotel atau tempat-tempat yang
romantik, yang mana setiap pasangan memberikan hadiah berupa bungkusan
coklat atau bunga yang bertuliskan perkataan ‘I wish you will be my
valentine’ kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang
diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Ini tidak
menghairankan kerana budaya ini sememangnya diimport dari budaya barat
yang bersifat serba boleh dan hedonisme (menurut hawa nafsu).

Kebelakangan ini, pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai
sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa,
mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasang-pasangan
serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.

Perkara ini pernah dikomen oleh Ku Seman Ku Hussain dalam akhbar Utusan
Malaysia bertarikh 14 November 2000 bertajuk ‘Apa dihairankan dengan
parti buih.’ Beliau mengulas bahawa serbuan yang dibuat oleh pihak berkuasa
ke atas ‘parti buih’ di Bangsar yang diraikan dengan tarian bogel dan pakaian
mandi itu tidak menjadi hairan kerana beberapa tahun sebelumnya pernah ada
penganjur yang ingin mengadakan parti yang serupa bersempena Hari Kekasih
tetapi mendapat tentangan pihak jawatankuasa Masjid Abu Bakar al-Siddiq,
Bangsar.

Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan adalah melalui program TV yang
ditayangkan atas nama ‘Valentine’s Special.’ Di samping itu, didapati mereka
sibuk memilih kad-kad ucapan Hari Kekasih, menempah cenderahati, jambangan
bunga dan tempahan untuk makan malam bagi merayakan hari tersebut
bersama pasangan masing-masing. Pihak hotel pula menawarkan pakej-pakej
istimewa seumpama ‘Makan Malam Hari Kekasih atau Hidangan Makan Malam
Romantik’ dan sebagainya yang mempunyai tujuan untuk menyambut Hari
Kekasih.

Bagi merungkaikan isu ini, kita perlu mendalami dan memahami apakah maksud
di sebalik Valentine itu sendiri serta asal-usul ia menjadi sebuah perayaan? Dari
sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa
Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu
Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud;
kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The
Etemology and History of First Name).

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang
paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu
Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di
Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu
Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14
Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan
kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine.

Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari
Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan
14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi
Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu
perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut,
nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas.
Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih
akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine
dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh
Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan
semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam
peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah
mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia.
Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang
akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14
Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol
ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka
14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai
upacara keagamaan.

Manakala pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama
seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu
Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di
tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat
untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu
kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan
rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang
tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi
sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil
keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka
Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan
14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan
keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk
kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih
menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian.

Di dalam laman web Spiritrestoration.org: The Premier, Ecumenical Christian
Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah topik
Definition of religious Holy Days (Pengertian Hari-hari Suci keagamaan), di
bawah indeks Saint Valentine’s Day menyebut bahawa: “Christian celebration of
the love of God presented in Jesus and in the lives of Christian believers. St
Valentine was a 3rd century martyr. This day is widely observed in the USA as a
secular celebration of love.” Bermaksud : Perayaan Kristian terhadap kecintaan
kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian,
St. Valentine merupakan syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali
dirayakan di USA sebagai perayaan cinta di zaman sekular.

Termaktub di dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa
walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka
adalah dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut : At least three different
Saint Valentines, all of them martyrs, are mentioned in the early martyrologies
under date of 14 February. Bermaksud : Sekurang-kurangnya terdapat tiga
orang St. Valentine yang berbeza, kesemua mereka merupakan syahid, ianya
disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.
Manakala Britain Broadcasting Company (BBC) News Online Network melaporkan
pada hari Ahad, 14 Februari 1999 bahawa terdapat dakwaan daripada biarawan
di Gereja St. John Duns Scotus di Glasgow, Scotland bahawa wujudnya tulang
Valentine yang syahid, ianya merupakan servis istimewa hari Valentine pada
hujung minggu serta diletakkan di ruang pameran sebagai pameran umum
dengan termaktub di atas kerandanya tulisan ‘Corpus St. Valentine Martyris’.

Dikatakan bahawa mayatnya telah diletakkan di ruang sayap Gereja St. Francis
semenjak berabad lamanya, dan enam tahun lepas mereka baru sahaja
meletakkannya di dalam keranda kayu di dalam kotak kadbod di atas almari
berhampiran rumah gereja.

Sumber : www.islam.gov.my

Falsafah Perkahwinan Dalam Islam (bahagian 4)

Perancangan Keluarga

Beralih kepada perbicaraan mengenai perancangan keluarga. Perkara ini juga menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat. Perancangan keluarga mengandungi dua program. Pertama merancang kelahiran anak dengan menghadkan kelahiran atau membatasinya. Kedua, menyusun perbelanjaan keluarga untuk mencapai kesejahteraan dengan memberi perhatian kepada kebajikan, kesihatan dan keselesaan hidup keluarga serta memastikan perkembangan yang sihat dalam pertumbuhannya.

Program pertama yang bertujuan membataskan kelahiran anak itu berdasarkan teori yang dikemukakan oleh seorang ahli fikir barat yang bernama Maltus. Pada pendapat beliau, perkembangan penduduk dunia, jika dibandingkan dengan pertambahan pengeluaran bahan makanan adalah tidak seimbang. Perkembangan penduduk berjalan dengan kadar 2,4,6,8, sedangkan pertambahan bahan-bahan makanan dengan kadar 1,2,3,4. Jika perkembangan seperti ini terus berjalan, satu bencana kekurangan bahan makanan akan berlaku dan manusia akan menghadapi masalah kelaparan.

Dalam program yang kedua, kita mestilah memberi sokongan bagi menjayakan usaha membaiki keadaan kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan keluarga. Tetapi sukalah ditegaskan di sini, usaha-usaha ke arah mencapai tujuan tersebut tidak akan dicapai, sekiranya unsur-unsur akhlak dijadikan program sampingan sahaja. Suatu program yang bersifat menyeluruh hendaklah dirangka untuk mewujudkan kesejahteraan keluarga yang sebenar.

Kewajipan Dan Tanggungjawab

Seseorang yang hendak mendirikan rumahtangga hendaklah menginsafi bahawa kewajipan dan tanggungjawab sedang menantinya. Membina keluarga bermakna bertambahnya tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak. Di sini digariskan beberapa tanggungjawab penting suami dan isteri di dalam rumahtangga.

Kewajipan Suami

1. Suami adalah ketua keluarga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluarga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mengawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan keluarga, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.

2. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung dan membiayanya. Dalam hal ini suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat bekerjasama mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama.

3. Pentadbiran suami di dalam rumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah (kasihan belas) berakhlak dan contoh yang baik. la bertanggungjawab di hadapan Allah S.WT. terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan nunahtangga adalah penting. Rasulullah s.a.W mensifatkan orang yang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya.

4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan barang itu rosak di tangan kita, tentulah ia akan melibatkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik.

5. Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Tidak sah pernikahan orang yang tidak boleh mengendalikan urusan rumahtangga seperti pernikahan kanak-kanak dan orang gila. Adapun orang yang bodoh (safah) yang ditahan dari mengurus harta benda dan dirinya, tidak sah berkahwin melainkan dengan izin walinya. Orang yang mempunyai keinginan berkahwin tetapi tidak sanggup menyediakan mahar dan nafkah tidak digalakkan berkahwin, kata AI-Syafiyyah, sunat tidak berkahwin bahkan hendaklah berpuasa kerana puasa itu penahan keinginan.

Demikian juga orang yang tidak mempunyai keinginan dan hendak menumpukan perhatian kepada ibadah tidak digalakkan berkahwin. Ulama berselisih pendapat mengenai orang yang tidak mempunyai keinginan yang mampu menyediakan makan dan nafkah dan tidak. Menurut satu pendapat, tidak disunatkan. Menurut pandapat lain sunat ia berkahwin.

Kita dapat melihat dengan jelas bahawa perkahwinan itu hanya digalakkan bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila berkahwin, menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah wajib.

Kewajipan Isteri

Apabila suami sebagai ketua di dalam lumahtangga, maka isteri itu timbalannya yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab isteri ialah:

1. Bergaul dengan suami secara baik. Menurut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik.

2. Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah s.a.w menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja di luar rumah. (AI Mar'ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta'al AI Jibry).

3. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya. Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benar perihatin.

4. Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:

"Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. "

5. Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumah-tangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan suami di luar.

6. Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami. Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri.

Inilah di antara kewajipan isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak menunaikan tanggungjawab, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang. Batas-batas dan tanggungjawab suami isteri ini ditetapkan oleh Islam sebagai peraturan yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah S.WT. Rumahtangga akan hancur jika sekiranya setiap pihak mengabaikan tanggungjawabnya. Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujudlah keluarga bahagia yang merupakan tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.

SUMBER : www.islam.gov.my

Wednesday, February 10, 2010

Ibu vs Kekasih

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….maaflah kerana saya tidak tahu siapa empunya yang menciptakan sajak yang menyentuh hati ini, saya copy dari grup penawarku menarik rasa insaf terutama sekali bila mengenangkan diri ini berjauhan dengan emak dan ayah yang sudah bergelar warga emas, kalau boleh mahu bersama mereka setiap saat tetapi apakan daya keadaan yang tidak mengizinkan aku berbuat demikian. Doaku semoga mereka di panjangkan umur dan di limpahi rahmat dan kasih sayang Allah……

sumber: http://nuriman.wordpress.com

Menjaga Akhlak Semasa Bercinta (Cinta Sebelum Kahwin)



CINTA merupakan topik yang amat menarik untuk dibincangkan. Perasaan CINTA biasanya hadir hasil daripada pergaulan harian dengan individu-individu tertentu. Individu itu biasanya mempunyai banyak persamaan dengan orang yang diminati dari segi citarasa, peribadi, minat dan cara hidup. Tidak kurang dari KITA yang mengalami CINTA pandang pertama yang hadir secara mendadak. CINTA terbina melalui pelbagai peringkat iaitu daripada pertemuan pertama sehinggalah kepada pergaulan harian.

CINTA sebelum perkKAHWINan tidak digalakkan oelh ISLAM. CINTA sebegini dikhuatiri akan membuatkan penCINTA terjerumus ke lembah maksiat dan kelalaian. Namun begitu, ia menjadi sebaliknya jika penCINTA itu mempunyai matlamat di dalam perCINTAan. Matlamat itu disemai supaya dapat membawa penCINTA ke jinjang pelamin. PenCINTA itu haruslah menjadi insan yang berIMAN dan sentiasa takutkan ALLAH SWT.

Pasangan yang berCINTA harus menjaga batas pergaulan masing-masing. Mereka dilarang untuk bersentuhan kerana mereka tidak mempunyai ikatan yang sah. Mereka janganlah suka membuang masa dengan berbual-bual kosong sehingga menyebabkan mereka terlalai dengan tanggungjawab sebagai hamba-Nya. Disamping itu, mereka jangan sesekali menjadikan perhubungan mereka seperti SUAMI ISTERI kerana ia akan mendatangkan kemurkaan ALLAH SWT. Mereka perlu sedar bahawa mereka tidak mempunyai hak ke atas satu sama lain.

LELAKI dan WANITA yang melibatkan diri di dalam perCINTAan sebelum perKAHWINan harus menjaga diri dan maruah. Jangan mudah membiarkan diri untuk berdua-duaan. Ketika dalam keadaan itu, akan muncul orang yang ke tiga iaitu syaitan lalu memainkan peranannya untuk memastikan anak ADAM tergelincir dari landasan IMAN yang sebenar. Selain itu, WANITA tidak harus berhias-hias, menampakkan perhiasan atau memakai pakaian yang ketat kerana ia boleh merangsang nafsu syahwat KEKASIH. Sebaik-baiknya, setiap pertemuan harus disertai oleh mahram atau IBU BAPA supaya setiap perlakuan mereka dapat diperhatikan.

Faktor utama kejayaan sesebuah perCINTAan ialah restu dari IBU BAPA. Restu dari mereka dapat membawa kepada keredhaan dan keberkatan dari ALLAH SWT. Proses pertunangan dan pernikahan menjadi lebih mudah. Bagaimanapun, IBU BAPA perlu memantau hubungan anak masing-masing supaya mereka tidak terleka atau lupa tanggungjawab dan batas-batas agama semasa berCINTA.

Pasangan yang berCINTA boleh berdoa dan digalakkan menunaikan SOLAT HAJAT. Mereka boleh memohon supaya perCINTAan mereka dilindungi oleh ALLAH SWT dari godaan syaitan dan dengki manusia. Panjatkan kesyukuran selalu kerana telah dianugerahi CINTA manusia yang terbaik. Kesyukuran diiringi dengan pengharapan supaya CINTA yang dimiliki menjanjikan kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat.

Pasangan yang berCINTA tidak harus melupakan SOLAT ISTIKHARAH. Solat ini dilakukan supaya hati sentiasa teguh dan tetap yakin bahawa orang yang diCINTAi itu adalah yang terbaik. Dia bakal menjadi pasangan hidup yang kekal hingga ke akhir hayat. Tetapi, elakkan dari menyintai sesorang itu kerana harta, pangkat dan rupa kerana ia sering membawa bencana di dalam hubungan CINTA. Sebaiknya, CINTAilah seseorang itu kerana ketinggian akhlak dan agamanya.

BerCINTA tanpa niat untuk berumah tangga adalah CINTA yang penuh kepalsuan, untuk suka-suka dan merupan satu penipuan. Segala perbuatan mereka lebih menjurus untuk menyemai dosa dan menerbitkan kemurkaan ALLAH SWT. Segala perbuatan seperti berdating, berpeluk, bersentuhan dan sebagainya adalah dilarang. Pasangan KEKASIH harus malu untuk menunjukkkan ‘CINTA terlarang di khalayak mereka. Hubungan dan perCINTAn mereka belum diktiraf melalui perKAHWINan yang dituntut syarak.

Falsafah Perkahwinan Dalam Islam (Bahagian 3)

Keturunan Dan Kufu'

Salah satu asas pertimbangan, selain daripada keagamaan seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, ialah keturunan bakal isteri itu. Aspek yang penting yang hendak ditinjau ialah dari segi kesihatan dan keadaan hidup keluarga. Dari segi kesihatan, perlu dikaji sama ada bakal isteri dan suami mempunyai keluarga yang mempunyai penyakit keturunan. Ini tidak bermakna wanita yang mempunyai keluarga yang berpenyakit tidak boleh dikahwini dan dipandang hina. Bahkan apa yang dimaksudkan di sini ialah ketelitian di dalam membentuk keluarga yang mahu mencapai peringkat yang ideal.

Demikian juga perlu ditinjau aspek keadaan hidup keluarga bakal isteri, sama ada berpegang teguh kepada agama dan akhlak atau tidak. Keadaan dan suasana rumahtangga ibu bapa, sudah tentu mempengaruhi kehidupan anaknya. Sekiranya bakal suami isteri itu daripada keluarga yang tidak menghormati agama dan akhlak, sudah tentu sukar untuk membentuk suasana yang sesuai dengan kehendak Islam dalam keluarga tersebut.

Satu masalah lagi yang menjadi tanda tanya ialah perkahwinan sekufu' atau setaraf. Adakah Islam mengakui suami isteri itu bertaraf-taraf. Jawapannya ya. Taraf ini diukur dari darjat kehidupan. Tentulah tidak sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu, orang yang suka berpoya-poya dan berbuat maksiat dengan orang yang warak. Dari aspek inilah Islam melihat adanya perbezaan hidup manusia. Walaupun begitu dari segi nilai kemanusiaan, manusia itu sama. Manusia yang jahat pun, dari sudut peri kemanusiaan, perlu diberi pertolongan dan dihormati sebagai manusia. Dari semua perbezaan hidup dan nilai-nilai hidup manusia, tidak ada yang lebih mulia daripada insan yang bertakwa. Inilah sebenarnya yang dimaksudkan apabila Islam mengakui darjat-darjat hidup manusia. .

Perkahwinan kufu' ialah perkahwinan di antara suami dan isteri yang mempunyai persamaan dari segi keadaan hidup. Memang ada aliran hukum di dalam perundangan Islam yang tidak melihat perkara ini sebagai penting. Mereka memandang tidak penting yang kaya berkahwin dengan yang miskin, yang berpangkat berkahwin dengan yang tidak berpangkat. Aliran ini melihat dari aspek kemanusiaan semata-mata, yakni Allah S.W.T. menjadikan manusia sama sahaja. Tetapi satu aliran hukum lagi dalam perundangan Islam iaitu aliran al-Syafiyyah, memandang perbezaan taraf hidup sama ada dari segi kekayaan, ilmu, akhlak dan lain-lain mempunyai pengaruh dalam menentukan kehidupan rumahtangga, kerana realiti kehidupan seperti ini tidak boleh diperkecilkan. Seorang perempuan kaya yang sudah biasa dengan kehidupan mewah, sudah tentu menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan dirinya dengan kehidupan baru yang disediakan oleh suaminya yang miskin. Kesukaran ini boleh menimbulkan masalah yang rumit. Demikian juga seorang suami yang warak berkahwin dengan isteri yang suka berpoya-poya, sudah tentu akan menimbulkan masalah yang melibatkan hubungan suami isteri itu. Inilah realiti kehidupan alam perkahwinan yang perlu mendapat perhatian perundangan dan dari sinilah timbuinya masalah kahwin sekufu'.

Aliran perundangan al-Syafiyyah, memberi hak kepada wali untuk melarang anak perempuan berkahwin dengan orang yang tidak sekufu' dengannya untuk mengelak daripada masalah ini dan untuk kepentingan hidup anaknya. Demikian juga aliran ini memberi hak kepada anak perempuan membantah wali mengahwinkah dirinya dengan orang yang tidak sekufu' dengannya, demi untuk menjaga kepentingan diri dan kehidupannya di masa hadapan.

Keharusan Berpoligami

Di antara persoalan yang menimbulkan masalah paling kontroversi dalam institusi perkahwinan umat Islam ialah keharusan berpoligami. Ia dijadikan bahan oleh setengah golongan untuk mengecam Islam dan ramai wanita yang tidak puas hati dengan pelaksanaannya.

Bagi menghuraikan masalah ini, terlebih dahulu mestilah difahami apakah yang dimaksudkan dengan keharusan itu. Dari segi perundangan, harus bererti sesuatu yang tidak diseksa dan tidak diberi pahala kepada orang yang melakukannya. Ertinya, ia tidak mempunyai obligasi dari segi hukum. Tetapi, keharusan berpoligami ini dari segi pelaksanaannya bukan sahaja tunduk kepada hukum ini. Ia juga tertakluk kepada prinsip pembentukan keluarga yang telah diterangkan sebelum ini iaitu perasaan tanggungjawab dan perasaan-perasaan lain yang dituntut oleh Islam. Sungguhpun dari segi perundangan, poligami boleh dilaksanakan tetapi bukan tanpa mempunyai pertimbangan lain yang dikehendaki agama. Pertimbangan ini termasuklah apa yang dikatakan oleh ahli-ahli tasawwuf bahawa tidak dinamakan seseorang itu bertaqwa sehingga ia meninggalkan yang harus untuk menjaga dirinya dari melakukan yang haram.
Dengan sebab itu, jika sesuatu yang harus itu boleh mendorong kepada melakukan yang haram, maka seseorang yang bertaqwa akan meninggalkan yang harus itu untuk menjaga dirinya dari melakukan yang haram.

Dalam masalah poligami, seseorang itu hendaklah menjauhi sekiranya berkahwin lebih daripada satu menyebabkan ia mencuaikan hak-hak isteri dan anak-anak yang diwajibkan ke atasnya, seperti memberi nafkah dan lain-lain. Walaupun hukum mengharuskan, tetapi ia terus menanggung dosa kerana kecuaiannya menjalankan kewajipan terhadap anak-anak dan isteri-isteri. Jika perkara ini menjadi penyakit masyarakat yang menular, pemerintah boleh mengenakan peraturan-peraturan untuk mencegah kerosakan yang timbul daripadanya.

Penggunaan maksud keharusan berpoligami secara wajar dapat dilihat daripada contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan masyarakat Islam pertama yang dibentuk oleh baginda. Dengan penggunaan yang wajar ini, poligami bukan menjadi masalah kepada masyarakat, tetapi merupakan cara bagi menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam masyarakat iaitu pembelaan teradap anak-anak yatim dan janda-janda yang menderita kerana kehilangan atau kematian suami.

Pada masa sekarang masalah seperti di atas masih lagi wujud dan tetap akan wujud selagi adanya manusia. Kerana itu poligami tetap berfungsi memberi kebaikan kepada masyarakat jika keharusan ini tidak disalahgunakan. Tetapi sekiranya poligami disalahgunakan dan dilakukan semata-mata untuk memuaskan nafsu dan menempah dosa, ia akan menjadi masalah dan langkah-langkah mengawalnya hendaklah dilakukan oleh pemerintah dengan mengenakan peraturan-peraturan tertentu untuk mengelak kerosakan.

SUMBER : www.islam.gov.my

Tuesday, February 9, 2010

Falsafah Perkahwinan Dalam Islam (Bahagian 2)

Membentuk Keluarga

Peraturan yang ditetapkan itu, menentukan pembentukan keluarga di dalam satu institusi masyarakat yang dinamakan rumahtangga. Rumahtangga adalah tahap pertama pembentukan masyarakat. Sebagaimana masyarakat yang besar memerlukan penyusunan yang rapi, begitulah juga masyarakat rumahtangga memerlukan penyusunan. Pembentukan rumahtangga secara bersekedudukan bebas tanpa perkahwinan dan perlindungan undang-undang melambangkan suatu pembentukan rumahtangga yang tidak tersusun. Ia akan berkembang menjadi belukar dan hutan belantara yang hidup di dalamnya binatang-binatang buas. Hak-hak suami isteri tidak dapat dibela dan diberi keadilan di dalam kehidupan seumpama ini.

Sebaliknya, rumahtangga yang dibentuk menerusi perkahwinan yang tertakluk kepada peraturan-peraturan tertentu yang lengkap dan sempurna, akan menjadi seperti pohon-pohon yang ditanam secara tersusun. jika pohon-pohon ini terus dipelihara, ia kekal menjadi taman indah yang menyegarkan kehidupan. Demikianlah halnya sebuah rumahtangga yang diikat dengan perkahwinan akan menjadi tempat yang paling indah dalam kehidupan dan kebisingan anak-anak meniadi seperti siulan burung-burung di taman yang indah.

Rumahtangga Sebagai Masyarakat Kecil

Mendirikan rumahtangga dalam Islam bukan ulasan individu seperti yang difahami dalam kehidupan bangsa lain terutama bangsa Barat. Rumahtangga dalam Islam merupakan bahagian penting masyarakat dan masyarakat mempunyai tanggungjawab dalam pembentukan-
Falsafah Perkahwinan Dalam Islam

Oleh kerana perkahwinan adalah perkembangan daripada keluarga yang sedia ada dan hubungan antara keluarga baru dan yang sedia ada wajib diperteguhkan dan oleh kerana keluarga baru itu sebahagian daripada masyarakat yang boleh mempengaruhi keadaan baik buruk masyarakat, maka perkahwinan yang tidak menghormati masyarakat, seperti kahwin lari, tangkap basah dan lain-lain, sangat dikeji oleh Islam, melainkan di dalam keadaan-keadaan tertentu, di mana pemerintah boleh menggantikan tempat sebagai wali bagi menggantikan wali daripada keluarga si isteri.

Prinsip Pembentukan Keluarga Islam

Sebagai Nizamul Hayah (peraturan hidup) yang syamil (lengkap) dan sempuma, yang merangkumi pembentukan masyarakat yang sejahtera, Islam telah menetapkan peraturan peraturan perkahwinan dan perjalanan keluarga dengan sempuma. Peraturan ini tidak hanya berbentuk undang-undang tetapi juga menerusi pembentukan rasa tanggung-jawab dan menghormati nilai-nilai akhlak yang dibina menerusi kesedaran beragama yang dipupuk menerusi pendidikan. Kesempurnaan undang-undang yang mengawal perjalanan keluarga tidak mencukupi bagi menjamin ketenteraman keluarga itu. Keluarga mesti disusun dan dikawal oleh rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak Islamiyyah.

Rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak itu hanya akan berkembang subur di kalangan orang-orang yang mempunyai kesedaran keagamaan. Kesedaran keagamaan yang terpenting ialah apabila seseorang itu sentiasa mengingati Allah S.WT. dan takut kepada-Nya. Kesedaran ini merupakan kawalan berkesan untuk seseorang mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Tanpa kesedaran ini peraturan yang sempurna tidak memberi banyak kesan, kerana orang yang tidak dapat mengawal dirinya dengan kesedarannya terhadap wujudnya Allah S.W.T. dan takut kepada-Nya, akan dengan mudah melanggar undang-undang dan peraturan itu. Apabila undang-undang tidak dihormati, ia tidak bermakna lagi walau bagaimana sempurna pun undang-undang itu.

Dalam menyusun keluarga yang tenteram dan sejahtera, Islam berpandu kepada dua prinsip.

1. Didikan yang mengukuhkan kesedaran beragama (di dalamnya disuburkan perasaan taat kepada Allah, tidak menganiaya sesama manusia, belas kasihan, bertimbang rasa dan lain-lain)

2. Undang-undang dan peraturan yang menentukan kewajipan, hubungan antara suami isteri, kewaiipan terhadap anak-anak, nafkah, peraturan jika berlaku perselisihan dan penceraian dan sebagainya.

Kepincangan dan kegelisahan yang banyak berlaku di dalam keluarga Islam hari ini adalah kerana pembentukannya tidak sangat memenuhi kehendak-kehendak Islam. Selain daripada kurangnya asas-asas keagamaan, pasangan suami isteri pula jahil tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan hubungan antara mereka, dan tanggungjawab keduanya terhadap anak-anak.

Peraturan Mencari jodoh

Sebelum sesebuah keluarga dibentuk, Islam telah menetapkan terlebih dahulu pertimbangan dalam mencari pasangan dengan tujuan menjamin kesejahteraan. Rasulullah S.A.W. melarang kecantikan dan kekayaan menjadi ukuran penting di dalam memilih isteri, tetapi hendaklah memilih yang berpegang kepada agama. Sabda baginda yang bermaksud:

"Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik.

(Diriwayatkan oleh Ibn Majah).

Begitu juga bagi seorang wanita, janganlah menjadikan pangkat dan harta sebagai pertimbangan asasi di dalam memilih suami, kerana pangkat dan harta tanpa akhlak dan agama menjadi punca fitnah yang akan merosakkan kehidupan rumahtangga.

Sumber: www.islam.gov.my

Falsafah Perkahwinan Dalam Islam (Bahagian 1)

Firman Allah S.W.T.

"Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui."
(Yaasin: 36)

Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina. Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini. Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasangan jantan dan betinanya. Demikian pula manusia. Atom yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terdiri dari komponen-komponen yang berpasang-pasangan.

Jika kita bertanya apakah hikmat Allah S.W.T. menjadikan berbagai-bagai jenis kejadian ini dalam keadaan berpasangan? Kita sudah tentu dapat memahaminya dengan mudah. Cuba kita bayangkan bagaimana keadaan alam ini sekiranya ia sentiasa dalam keadaan malam, bumi berkeadaan pamah, semuanya berpadang pasir Manusia semuanya lelaki atau semuanya perempuan. Keadaan dunia seperti ini tentu membosankan dan kejadian ini tidak melahirkan keturunan. Manusia akan hapus dalam jangka waktu yang singkat. Dengan adanya pasangan, dunia kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian Allah S.W.T. ini sangat indah.

Lelaki Dan Perempuan Dalam Kejadian Manusia

Dengan memberikan sedikit perhatian kepada kejadian alam ini, anda pasti mengerti mengapa anda dijadikan lelaki atau perempuan. Kedua-duanya dari acuan yang sama iaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur kemanusiaan. Tetapi yang satunya berwatak keras dan yang satu lagi lemah gemalai. Gerak langkah melambangkan kekuatan dan gerak langkah wanita melambangkan keindahan. Sifat-sifat tersendiri yang ada pada lelaki dan wanita itu menunjukkan bahawa kekuatan lelaki dijadikan sebagai pelindung kecantikan wanita.

Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan itu merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan. Allah S.WT. berfirman:

"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. "

(ar-Ruum:21)

Kejadian berpasangan juga sebagai saluran untuk meneruskan keturunan manusia.Allah S.WT. berfirman:

"Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... "

(An-Nisa':1)

Dengan keterangan di atas jelas sekali hikmatallah menjadikan manusia dari lelaki dan wanita, pertama untuk memperindahkan kehidupan manusia itu sendiri. Kedua untuk mengekalkan keturunan manusia di dalam jangka waktu yang panjang sehingga Allah S.W.T. menentukan berakhirnya sejarah manusia di bumi ini. Ini semuanya adalah rahmat Allah S.WT. kepada manusia yang diamanahkan untuk mengendalikan ulusan di bumi sebagai khalifah-Nya.

Mengapa Berkahwin

Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tajuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebaiknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.

Sumber: www.islam.gov.my

Sunday, February 7, 2010

Murung…Murung…



Kemurungan adalah satu masalah yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira agama, bangsa dan pekerjaan. Pada ketika ini, dianggarkan kira-kira 15%-20% penduduk Malaysia mengalami masalah kemurungan. Ini menunjukkan masalah kemurungan semakin menjadi ancaman kepada masyarakat kita pada hari ni.

Individu yang mengalami gejala ini boleh menyebabkan fikiran mereka terganggu sehingga boleh menjejaskan hubungan sosial. Mereka mudah merasa letih, sedih yang berlebihan, buntu fikiran, rasa rendah diri, mengalami gangguan tidur, tiada selera makan dan mudah putus asa.

Kebanyakkan individu yang mengalami kemurungan berasa malu untuk tampil ke hadapan kerana merasakan ianya dianggap remeh dan boleh dirawat dengan masa. Malah mereka dianggap sebagai individu mengalami masalah jiwa jika berjumpa pakar.

Wanita merupakan golongan yang kerap mengalami masalah kemurungan. Mereka mengalami kadar perubahan peringkat hormon terutama selepas hamil, mengalami haid, pramenopous dan putus haid. Kadar perubahan hormon inilah menyebabkan kemurungan lalu sedikit sebanyak memberi tekanan kepada mereka dalam menjalani kehidupan seharian.

Faktor genetik juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan masalah kemurungan selain daripada faktor persekitaran dan gaya hidup. Ramai yang tidak mengetahui bahawa masalah kemurungan boleh diwarisi sekiranya ada ahli keluarga yang pernah mengalaminya.

Tip mengelak dari masalah kemurungan:

1. Tidak terlalu memaksa diri untuk mencapai sesuatu yang tidak mampu dicapai.
2. Selalu membuat keputusan di dalam keadaan tenang.
3. Dapatkan rehat yang menckupi.
4. Amalkan gaya hidup sihat.
5. Tidak terlalu berfikiran negatif.
6. Jalani hidup sederhana.
7. Amalkan persaingan sihat sesama sendiri untuk mengelak tekanan pada diri sendiri.
8. Usah asingkan diri ketika mengalami kemurungan.
9. Selalu berhubung dengan orang yang tersayang untuk mendapatkan nasihat.
10. Jangan sering menyalahkan diri sendiri dan berputus asa.
11. Bersabar.

Thursday, February 4, 2010

Sayang

Pengurusan konflik dalam hubungan suami isteri amat penting supaya rumah tangga kekal bahagia. Sebenarnya, banyak faktor yang mempengaruhi keadaan ini. Antaranya ada hubungan mentua dan ipar duai, anak-anak, isu kewangan dan hubungan seks. Perhubungan suami isteri penuh dengan cabaran dan konflik yang wujud dalam bermacam-macam bentuk.

Oleh itu, saya sertakan beberapa tips untuk mengeratkan hubungan suami isteri :

1. Sifat saling memaafkan mampu meredakan konflik yang wujud sekali gus dapat menyelesaikan segala masalah dengan sistematik.

2. Jika kekal hubungan seperti sahabat, maka kekallah rasa hormat, kasih serta mengambil berat antara satu sama lain.

3. Melakukan aktiviti riadah yang menyeronokkan bersama pasangan

4. Berkomunikasi, berjalan sambil berpegangan tangan, memuji dan mengingati hari-hari penting serta mendengar muzik bersama-sama dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

5. Meninggalkan nota manis set iap kali keluar rumah, merancang mengadakan kejutan pada hari istimewa serta mengucapkan kata-kata sayang antara satu sama lain.

6. Sekali-sekala pergi berjalan-jalan berdua.

7. Suami dan isteri perlu saling berbincang serta memahami pandangan pasangan masing-masing mengenai nilai kewangan keluarga.

8. Mereka seharusnya perlu mengenalpasti apa keutamaan keluarga dengan cara berkompromi dan merancang bajet yang diperlukan bagi mengelak konflik semakin berlanjutan.

9. Elakkan daripada menuduh dan mengkrititk keluarga pasangan.

10. Sentiasa berterus-terang meluahkan perasaan andai ada masalah yang timbul dalam hubungan suami isteri.

11. Pasangan perlu mewujudkan komunikasi lebih terbuka dan mengawal persepsi negatif.

Wednesday, February 3, 2010

Rahsia Cinta (bahagian terakhir)

5. Terima seadanya

Anda perlu menerima pasangan anda segala-galanya dengan hati yang penuh ikhlas. Bukan hanya sewaktu bercinta, apad awal perkahwinan dan ketika berbulan madu tetapi amalkan ‘temu janji’ sekali seminggu.

6. Jadi pemerhati

Anda cuba memerhati dan memahami tingkah laku pasangan anda. Anda perlu memahami pemikirannya, minatnya, kesukaan dan kebenciannya. Yang paling penting ialah, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Secara tidak langsung, ia akan dapat mengelakkan pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu yang diluar jangka.

7. Buktikan siapa diri anda

Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan dan cuba berbincang cara menyelesaikan masalah anda berdua.

8. Kekasih lama kembali

Ketika sedang asyik bercinta, tiba-tiba kekasih lama kembali. Bagi sesetengah individu,ia mungkin membuatkan keadaan jadi sukar. Perasaan buntu dan bercelaru mungkin memaksa diri membuat keputusan . Buat keputusan untuk tidak menyintainya lagi. Lupaka kisah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru. Mana tahu itu adalah cinta sejati anda.

9. Bukan perigi cari timba.

Anda mungkin tidak sedar bahawa cinta sejati boleh membuatkan anda seolah-olah syok sendiri. Sharusnya anda haruslah sama-sama berbincang terhadap apa yang berlaku dalam hubungan anda berdua.

10. Hargailah anda dan pasangan

Hubungan yang sihat meningkatkan perhargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan harus menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis sering melakukan kejutan terhadap dirinya.

Tuesday, February 2, 2010

Rahsia Cinta (bahagian 1)

Kita harus ingat bahawa kita tidak harus mengikut hawa nafsu semata-mata apabila menjalinkan hubungan kasih. Hubungan sebegini sememangnya tidak akan berakhir dengan kebahagiaan. Tetapi ianya penuh dengan kepura-puraan dan kesedihan. Maka binalah hubungan kasih dengan pertalian suci, ikhlas dan penuh kemurnian tanpa cetusan nafsu semata-mata.

Cinta adalah segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang bukan siapa sebelumnya. Hidup bercinta amat indah tetapi untuk dicintai orang yang anda cintai sukar diperolehi.

10 petua berikut adalah untuk memelihara cinta anda berdua supaya cinta disemai sebelum ini akan berakhir ke jenjang pelamin.

1. Pilih pasangan yang sesuai
Wang dan rupa bukanlah penyutik cinta sejati. Janganlah mudah jatuh cinta. Kebanyakkan pasangan memilih teman hidup sebegini dengan harapan dapat menikmati segala-galanya.

Yang lebih tepat adalah dengan bertanya kepada diri sendiri apakah anda dapat menyintainya dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah. Jika tidak, buat keputusan untuk mencari yang lain.

2. Jangan terburu-buru

Jangan mudah menurut kehendak hawa nafsu kerana ramai pasangan terjebak dalam ersoalan ini. Mereka sanggup berkorban apa sahaja tanpa menghirau syariat yang digariskan oleh agama dan tanpa memikirkan risikonya.

Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah. Perkara ini boleh menjerumuskan mereka ke arah kekecewaan apabila akhirnya ia menjadi bahan yang diungkit sampai bila-bila.

3. Percaya pada kelemahannya

Anda sepatutnya selalu bertanya kepada diri sendiri apakah si dia akan bersedia menghabiskan waktu dengan anda atau semata-mata untuk hobinya kemudian barulah mengingat anda.

4. Tutup mu;ut

Anda perlu ingat bahawa anda janganlah menceritakan kelemahan atau keburukan pasangan anda kepada orang lain. Anda perlu saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara ini dapat mengelak konflik yang boleh terjadi antara anda.